السلام عليكم

Sunday, October 30, 2011

✖Memori Duka Kita✖

Kita semakin menjauh
beribu batu terpisah
telah cuba kita tuk bersatu
tapi tetap punya jalan buntu...



Mungkin sudah suratan takdir
kita tidak dapat bersama
biar rindu semakin menebal
tapi tetap kan menipis di hujung waktu...

Kisah kita bermula dengan ceria
bercelaru dipertengahan cerita
air mata menjadi mangsa
sering menitis bermula duka...

Malam yang gelap menjadi saksi
sebuah kisah cinta duka
berakhir kerna orang ketiga
pedih terasa menikam kalbu...

Kisah kita ibarat mimpi
berjumpa lalu berpisah
ku biarkan ia menjadi memori
tapi hanya memori duka kita...

Sunday, October 16, 2011

✖Impian Kita✖

Kita selalu berharap
agar pelangi kan terus ada
menghiasi dada langit yg kosong
menjadi indah tiap masa...

Bagai cinta kita
yg indah dengan pelbagai warna
tidak pernah ada hitam
kerna yg hitam itu malapetaka...

Tapi pelangi tidak kan ada
tika mentari menyinar terang
yg pasti bila hujan teduh
pelangi pasti muncul...

Ku berharap agak cinta kita
tidak kan hilang seperti pelangi
kerna ku mahu cinta itu selalu mekar
mekar dan terus mengharum...
itulah impian kita...

Bercintalah dengah Allah
cinta pada Allah adalah yg abadi
cinta Allah tidak kan hilang seperti pelangi...


Saturday, October 15, 2011

✖Pelangi Kita✖

Pelangi itu indah
pelbagai warna jelas kelihatan
tak jemu ku memandang
bagai tiada esok buat ku lagi
begitulah permulaan kita
mengenali melalui alam
kau ku anggap bagai pelangi
kerna cinta mu begitu indah
sungguh tak jemu bila bersama mu
sering aku merindui
seraut wajah kekasih
suara yang merdu nan gemersik
ku harap moga ia berkekalan
kerna tanpa cinta mu
ku rasa hilang sebuah pelangi
mungkin tidak secantik dulu
dan tiada bewarna lagi...
kisah kita kujadikan sebagai pelangi
dan pelangi adalah lambang cinta kita
bila melihat pelangi
ingtlah bahawa itu adalah
pelangi kita...

Tuesday, October 4, 2011

✖Kisah Kita✖


Terdiam kaku aku melihat
sebaris ayat keramat
yg dulu hanya aku merlihat
kini sudah punya penamat
tak mungkin aku melupakan
kisah bermula di alam maya
tak ku sangka begini akhirnya
saling membenci melangkah pergi
ku lihat memori silam
tercatat kemas di ingatan
tak kan hilang dek dendam
kerna dendam tak mungkin terbalas
biar ku cuba padam kenangan
tapi masih jelas kelihatan
mungkin ini suratan dari tuhan
kisah kita tidak bernisan
terkubur akhirnya tidak tahu di mana tempat...

Sunday, October 2, 2011

✖Kenangan Kita✖

Mungkin cinta kita tidak di dunia
tapi bersambung di syurga sana
biar di dunia kita derita
kan bahagia di syurga bersama...

Ku harap kau menanti aku di sana
walau tidak terlihat oleh mata
hanya hati dapat merasa
kewujudan syurga yg indah abadi selamanya...

Ku tersenyum melihat potret dia
sembunyikan sedih agar ada gembira
ku tukar tangisan menjadi ceria
berpaling jauh hindari luka...

Akan ku simpan kenangan kita
moga tiada duka dan lara
agak dia tahu ku sentiasa gembira
dia yg kini telah kembali kepada-NYA...

Ya Allah,
ampunkan dosa² dia
lindungi rohnya serta terimalah amalnya
Ya Allah,
ku mohon agak KAU menjaga dia insan yg aku sayang
moga dia bahagia di sisi-MU...
amin...Terima Kasih Allah...

Next Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...