السلام عليكم

Saturday, December 31, 2011

★.Alhamdulillah.★

Assalamualaikum teman²...
Syukur Alhamdulillah kerna besar kasih ALLAH aku masih hidup hingga dapat melalui tahun 2011 ini sepenuhnya.
Walau banyak rintangan, kenangan manis dan pahit tetap aku lalui dengan penuh sabar.
Terlalu banyak kenangan yg aku lalui...

~ Hampir setahun aku tak bekerja tapi Alhamdulillah berkat doa insan² yg aku sayang akhirnya aku dapat
kerja. Terima kasih semua jasa kalian hanya Allah dapat membalas. SAYANGGGGG KORANG..

~ Kakak aku pun dah kawen syukur Alhamdulillah...

~ Tapi....pada 21 December 2011 adalah tarikh yg aku tak akan lupa sampai bila². Tarikh tu adalah tarikh keramat selepas tarikh 9 Mac 1999. Tarikh 9 Mac adalah tarikh hilangnya insan yg penting dalam hidup aku,
Abah tersayang JAMALLODIN B.YANG ABD RANI. 21 December adalah tarikh hilangnya adik
kesayangan aku MOHD IKHWAN. Walaupun kami hanya saudara angkat tapi bg aku dah lama aku kenal
dia. Dia insan yg amat istimewa dalam hidup aku walau hanya sebagai adik angkat.

Perginya dia kerna kemalangan jalan raya. Memang tak ku sangka pemergiannya terlalu cepat hingga aku
tak dapat terima semua ini. Tapi ku tahu takdir Tuhan tiada siapa yg mampu persoalkan dan aku mulai terima semua ini. Aku redha.... Al-Fatihah buat mereka yg telah pergi....

Terima kasih ALLAH kerna temukan aku dengan adik ku walau hanya sebentar tapi ingatan terhadap dia
tak akan aku lupakan. Begitu juga dengan kenangan bersama arwah abah walau aku tak puas merasa kasih sayangnya tapi aku tahu abah pasti akan tunggu aku di Sana...

Alhamdulillah sebab aku masih lagi ada orang² yg sayang aku. Aku harap ALLAH tak ambil mereka
sebelum aku puas merasa kasih sayang mereka. Ya ALLAH beri aku kesempatan tuk menyanyangi mereka.....Amin....

Adik, tunggu akak kat Sana taw akak nak jumpa adik..

Friday, December 30, 2011

★.Bila Tiba Masanya.★

Allah meminjamkan seseorang tuk kita sayang dan disayangi, tapi bila tiba masanya Allah akan mengambil semula apa yg telah menjadi hak-NYA. Walau kita tidak mahu tapi itu semua adalah kehendak Allah. Kita sebagai hambanya perlu redha kerna tiap yg terjadi hanya Allah yg maha mengetahui. Mungkin akan ada yg lebih baik buat kita. InsyaAllah.



Hidup ini memberi kita beratus alasan untuk menangis,
namun ALLAH memberi kita beribu kekuatan untuk senyum,
maka senyumlah sedangkan ianya satu sedekah
dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya.
❤ღ(。◕‿◕。)ღ❤


لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Thursday, December 29, 2011

★.Pergi Mu Selamanya.★

Kelmarin kita berkenalan,
semalam kita berjauhan,
hari ini ada perpisahan,
rupanya esok kau kembali kepada Tuhan..

Pernah dulu kau berjanji
sehidup semati sebagai saudara
tapi kini kau tinggalkn aku
pergi mu selamanya...

Runtuh hati bila mengenangkan
pergi mu selamanya
yg tinggal hanya kenangan
tak akan hilang selamanya...
dalam ingatan...

Al-Fatihah Buat Adik Kesayangan ku Mohd Ikhwan
Moga Roh Mu Tenang disana. Ku Berdoa Moga Allah Merahmati
Mu Sayang. Akan Ku Kenang Kau Sebagai Insan Yg Amat Ku Sayang.

..Amin..

Friday, December 23, 2011

★.Kini Kau Temu Bahagia.★

Bagai sebuah cerita dongeng
kita bertemu dan bercinta
mengikat sayang hamparan kasih
terasa bahagia bila berdua..

Telah aku mencuba
pertahankan sayang ini
tapi sudah suratan takdir
aku bukan milik mu lagi..

Ku tak tahu dimana salahnya
kita berpisah tanpa alasan
kau pergi meninggalkn aku
saat semuanya terapung tanpa kawalan..

Kau mungkin mudah melupakan
apa yg terjadi dalam perhubungan
antara kita banyak cerita
semuanya realiti bukan rekaan..

Kini kau temu bahagia
bukan dengan ku tapi si dia
tidak ku mohon kau derita
tapi ku doa moga kau bahagia..

Sunday, December 18, 2011

★.Seandainya Kau Tahu.★

Banyangan mu sering hadir
menemani mimpi ku setiap hari
bayangan mu terlalu indah
walau kau jauh terasa dekat dihati ku...

Diri mu terlalu istimewa
terasa sempurna hidup ku
tidak lagi seperti dahulu
yang ketandusan sepi kesorangan...

Seandainya kau tahu
kau menyempurnakan hari ku
tanpa mu siapalah aku
terasing dari yang lain terpaku...
ku sungguh sayang kamu...

Saturday, December 3, 2011

★.Alone And Only Me.★

Im so tired loving someone that not made for me.
Im so tired walking alone with empty wallet in my pocket.
Im so tired doing thing that i dont like...

Aku datang, kau lari
Kau datang, aku pergi
Sampai bila harus begini
Jalan cerita tergantung lagi...

Pergi kau dari sisi ku
biar aku sendiri tanpa mu
agar tidak terluka hati ku
biar semua bahagia selalu...

★.Life And Death.★

 
Life is not just waiting for someone who is made for YOU, but life is living for some one who's living
because of YOU.
Life is like a novel. It is filled with suspense. YOU have no idea what is going to happen until YOU turn the page. Keep turning the pages & enjoy YOur life.

Death is not the greatest loss in life. The greatest loss is when a relationship dies between 2 people while they are still alive.

Next Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...