السلام عليكم

Wednesday, December 4, 2013

Saat Itu..

Di saat kamu ingin melepaskan seseorang
Ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya


Di saat kamu mulai tidak mencintainya
Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya


Di saat kamu mulai bosan dengannya
Ingatlah selalu saat terindah bersamanya


Di saat kamu ingin menduakannya
Bayangkan saat dia selalu setia


Di saat kamu ingin membohonginya
Ingatlah saat dia jujur padamu..

Sunday, May 12, 2013

Bangkitnya Aku.●●

Ku tak mahu menjadi hambaMu yg berdosa
ku tak mahu menjadi anak yg derhaka
dan ku tak mahu menjadi kekasih yg tak setia
kerna aku hanya insan biasa...

Ku tahu banyak dosaku
hanya ingat DIA kala dukaku
namun ku mencuba kuatkan hatiku
agar lebih dekat dengan DIA dalam hatiku...

Tak pernah ku lupa siapa DIA dihatiku
kerna besar kasihNYA lahirlah aku
cuma khilafku mengejar sesuatu belum tentu milikku
akhirnya aku tersungkur layu...

Kini ku bangun kembali
bersama luka dan kehancuran
kerna ku tahu DIA masih mengasihi
memberi cinta tanpa ada sempadan...

Tuhan ku ajarkan aku bahagia
agar aku tak lupa
mencari kasih untuk menuju ke Syurga...


Wednesday, May 8, 2013

Perubahan Sedar atau Tidak●●

Kesalahan..
Dalam hidup ini setiap hari dan setiap saat pasti kita akan pelajari benda yg baru. Dan percayalah pada ketika itu kita pasti akan melakukan kesalahan. Cuma tiap kesalahan itu kita sedar atau tidak terpulang pada individu itu sendiri. Dari kesalahan kita perbaiki kesilapan.

Berubah..
Seringkali kita mencari kesalahan orang lain dan dari situ kita mengatakan yg orang itu telah berubah. Sedangkan diri sendiri yg telah berubah tetapi kita tak sedar atau berpura-pura tuk mencari kesalahan orang lain. Setiap manusia tak akan sama dan tiap manusia itu akan ada perubahannya. Walau ia sebesar zarah tapi perubahan tetap akan ada, cuma bagaimana kita mengatasi perubahan itu. Percayalah kerna setiap perubahan yg buruk bila di tegur pasti akan berubah menjadi baik. Jadi berbincanglah.

Kesetiaan..
Kesetiaan ada dalam banyak perkara. Setia dalam cinta, persahabatan dan keluarga. Setia dengan cinta memang perlu kerna bila setia hubungan itu pasti bertahan lama. Dan setia juga akan memberi kita bahagia pada akhirnya.

Tuesday, May 7, 2013

Mengharap Pada yg Tak Pasti●●

Memang benar amat menyakitkan bila kita mengharap pada yg tak pasti. Tetapi ku cuba tuk mendapatkan kepastian tuk segala persoalan. Bila kita tak cuba kita tak akan tahu. Begitu juga dalam hal cinta. Benar cinta tak semstinya memiliki tetapi jika kita berusaha tuh mendapatkannya kita akan merasa puas.

Ku cuba tuk meraih cinta dia walau ku sendiri tidak tahu adakah dia cinta yg Tuhan beri buatku. Tapi aku mencuba tuk mencari cinta hatiku yg sebenar.

Kerna cinta dia ku abaikan segalanya. Ku buang sahabat, ku buang kawan, mungkin ini salah ku kerna aku terlalu mencintai dirinya. Kerna cinta pada dia juga ku sering melupakan masa tuk diri sendiri kerna ku fikir seluruh hidupku hanya buat dirinya seorang.

Harapan yg telah dia beri membuatku rasa bertanggungjawab kerna harapan yg diberi terlalu tinggi buatku. Bukan harapan sahaja yg dia beri tetapi sesuatu yg amat berharga ku perolehi. Mungkin aku terlalu taksub dengan harapan ini hingga aku terbuai dengan perasaan sendiri. Aku hanyut hingga aku tidak mampu tuk berpatah kembali.

Sungguh sakit bila dipertengahan jalan aku dikejutkan dengan suatu kejadian. Aku terlalu memikirkan masa hadapan dan saat ini bila aku terluka sakitnya amat terasa. Aku tak mampu tuk bangun kembali kerna aku terluka dan luka ku ini sangat dalam. Luka kerna cinta.

Dan kini ku cuba tuk bangun kembali kerna ku tak mahu terus rebah kerna cinta. Ku berusaha tuk pulih kembali tapi mungkin tak semudah memetik jari. Ku akan terus setia dengan cinta dia kerna ku tak snggup kehilangan dia. Akan ku pastikan apa yg tidak pasti suatu hari akan menjadi suatu yag pasti. Dia milik ku kerna aku memilih dia kerna ALLAH. Bukan kerna terpaksa atau desakan. Ku yakin dia adalah yg terbaik buat diri ku...



●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●


Cinta Dalam RedhaMu●●

Apabila kesusahan dan kesedihan mengetuk pintu,
cinta keluar melalui tingkap.

Duhai hati,
Aku disakiti lagi. Kali ini lebih dalam dan lebih menyakitkan. Entah dimana silap ku hingga aku diperlakukan begini. Cinta ku di duakan, cinta ku di khianati hingga aku rebah tak mampu bangun kembali. Kerna cinta dia aku jadi begini. Begitu kuat kuasa cinta ini hingga aku tak mampu kehilangannya.

Ya Allah,
Bantulah hambaMu ini tuk terus bangkit. Tiupkan semangat buat diriku agar aku tidak lemah dengan cinta yg aku tidak pasti adakah ia dalam redhaMu. HambaMu ini kerdil, hambaMu ini jahil, hanya padaMu sahaja yg maha mengetahui apa yg tersembunyi dan apa yg tersirat. Jika benar cinta yg aku miliki sekarang adalah dalam radhaMu maka satukan kami.

Ya Allah,
 Aku mohon berikanlah petunjuk memilih yg baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yg baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yg besar. Engkau maha kuasa dan aku adalah hambaMu yg dhaif. Engkau maha tahu dan aku adalah hambaMu yg jahil. Engkau maha mengetahui semua yg ghaib dan yg tersembunyi.

Ya Allah,
Bantulah HambaMu ini dengan memberi petunjuk haruskah aku teruskan cinta ini kerna aku tak mahu disakiti lagi dan aku tak mahu menyakiti hati ibuku lagi.

Ya Allah,
Jika dia bukan cinta yg Kau redhakn buatku maka aku mohon moga Kau jauhkan lah dia dari aku dan jauhkanlah aku dari dia. Sesungguhnya aku tidak mahu menjadi manusia yg lalai mengejar cinta manusia sedangkan dahulunya aku tidak mengejar cinta dari Mu Tuhan yg satu, Allah. Aku mahu menjadi seorang hambaMu yg selalu mengingatiMu dikala aku senang mahupun susah kerna tiada yg dapat membantu aku melainkanMu Tuhan ku. Ampunkan aku bila selama ini aku sering melupakanMu. Ku mohon janganlah Kau melupakan aku kerna aku tidak mampu hidup tanpa cinta dan kasihMu Ya Allah.







Monday, May 6, 2013

Cintai aku kerna Allah●●

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku..


Duhai cinta hatiku,

Aku tidak mengharapkan cintamu, tapi Allah telah menundukkan hatiku tuk terima dirimu seadanya. Kerna itu juga aku dengan rela hati mencintaimu setulus hati ku.

Duhai cinta hatiku,

Dengarlah bisikan hati ku ini, benar diri ini tidak mampu hidup tanpa diri mu. Telah ku berusaha tuk mengusir perasaan ini tapi sungguh ku tak mampu.  Ku tak mampu berpura-pura tuk melupakanmu kerna ku yakin besar kasih-NYA kau telah di ciptakan buat ku. Walau ku tahu aku tidak sempurna tapi akan ku berusaha tuk jadi yang lebih baik. Aku tidak setabah Mariam tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah r.a.. 

Duhai cinta hatiku,

Ku mohon tuk terima aku ikhlas kerna Allah dan akan mencintai aku kerna Allah.
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang, Aku berharap jika nanti Allah pertemukan kita dan kau akan selalu membimbingku agar aku menjadi wanita yang solehah yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan di akhirat. 

Duhai pemilik hatiku,

Andai kau ditakdirkan untukku, ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku, kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita, kau boleh mencintaiku apa adanya dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh bijaksana. Dan andai aku salah tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan kerna aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku. Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya. Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu..




Tuesday, April 16, 2013

Jawab Hati..ツ

Ku tanya hati kenapa selalu ada duka
Nanti jawab hati ia hanya sementara

Ku tanya hati kenapa ada dusta
Nanti jawab hati itu hanya mainan dunia

Ku tanya hati kenapa ada cinta
Nanti jawab hati ia ada dalam diri setiap manusia

Ku tanya hati apa sebab derita
Jawab hati semua ini ujian Allah untuk hamba-NYA..ツ

Saturday, March 9, 2013

Chinta Hati Saya..✿

Setia itu tandanya cinta
tiada dua atau tiga
susah senang ditempuh bersama
walau ribut datang melanda..
Sudah bertahun tak pernah berjumpa
akhirnya Tuhan temukan kita
biarpun hanya sebentar sahaja
tapi rindu itu terubat jua..

Bukan ku pinta intan permata
cukup setia buatku sahaja
jangan curang jangan berdusta
kerna hanya yg ikhlas kan bersatu selamanya..

Ku berdoa pada Tuhan
agak satukan kami bersama
moga tiada sebarang halangan
untuk kami bersama selamanya..
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Saturday, March 2, 2013

Turban..Cantik ke?..♫

Fenomena turban..
Adakah ia sekadah hiasan kepala
dan adakah ia mampu menutup aurat..?

cuba lihat gambar ini..


cantik sangat kah bila pakai "benda" ni?
selalunya yg pakai turban ni orang Singh sahaja..cer tengok ni pulak sama kan..
Tak tahu la ape hukum pemakaian Turban ni tapi rasanya lagi cantik kalau 
pakai tudung biasa contoh Bawal, Shawl panjang dan yg sama waktu dengannya..
Ahakksss...maaf la kalau ada yg terasa tapi ini adalah pandangan sy..

Pakai tudung sebenarnya bukan hanya menutup kepala tetapi menutup segala yg WAJIB di TUTUP..
Bahagian yg WAJIB di tutup adalah dari kepala hingga dada..
bukannya di bahagian dada harus di tonjolkan..
Apa yg sy ceritakan ini bukanlah nak menunjuk² alim tp nak kongsikan
apa yg sebenarnya dituntut oleh Agama..

Berpesan²lah kamu tentang kebaikan agar kamu tidak tersesat.

**Ingat menutup aurat adalah WAJIB bukan hanya untuk BERFESYEN..
nak berfesyen boleh asalkan ia berlandaskan hukum ISLAM...
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Friday, February 22, 2013

Cinta & HaraPaN..♫

 Mungkinkah sejarah lama akan berulang?
sejarah bila aku ditinggalkan
dengan perlahan kau menghilang
membawa cinta dan harapan..

Pernah dulu aku berpesan
tinggalkan aku dengan alasan
agar kau tidak tersalah jalan
menyintai ku bukan kerna keikhlasan..

Mungkin aku tidak di ciptakan
untuk diri mu sebagai pasangan
kerna kita berlainan haluan
kau sempurna dan aku bukan pilihan...

Thursday, January 24, 2013

Avril Lavigne - Make Up

Layin’ on the couch just,
hangin’ with my boys
we’re chillin’ up the house tonight
I’m being myself
I’m nobody else ‘cause
this is what we do alright
you’ll always find

[Chorus]

I’m not wearing any make-up,
won’t hide who I am,
I’ll be what I am
I’m just being honest with my self once again
I’m my only friend
Kickin’ off my shoes
I’m strummin’ my guitar
I’m singin’ songs about my life
if I could tell the truth
I’d tell you what I meant by
me, myself, and I
you’ll always find

[Chorus]

No more mirrors
no more vanity
give it all away for free
donate to charity
I am happy in my skin
I try, in my heart it's not the same
you’ll always find

[Chorus]

Lay on my couch, hang with my boys, chill at my house tonight,
lay on my couch, hang with my boys, chill at my house tonight,
lay on my couch, hang with my boys, chill at my house tonight,
lay on my couch, hang with my boys, chill at my house tonight


Wednesday, January 23, 2013

Mimpi Oh Mimpi..✿◠‿◠

Malam tadi aku bermimpi
mimpi menjadi seorang isteri
isteri kepada seorang lelaki
lelaki yg tidak aku kenali..

Ku berdoa pada Ilahi
moga mimpi menjadi realiti
agak aku dapat disayangi
oleh lelaki bernama suami..✿◠‿◠


Mana mungkin mimpi menjadi realiti
kerna aku masih sendiri
mengharap kasih pada yg sudi
jadikan aku seorang isteri..

Kejutkan aku bila aku bermimpi
agar aku tidak mati
mati dalam ilusi
ilusi mimpi yg aku cipta sendiri...

Saturday, January 19, 2013

Terima kasih Ibu..❤ ❤

Kasih ibu tidak terkata
siang malam berlipur lara
hendak menjaga si anak tercinta
tidak mengira walau dimana..

Jangan lupa pada dia
kerna dia ibu kita
bersusah payah mendidik menjaga
hingga besar tetap bersama..


Terima kasih ibu kerna tetap menjaga sy,
sering ada walau terpaksa menunggu sy ditahan
didalam wad..Alhamdulillah Ya Allah..

Sayang Mak Ketat²..❤‿❤ 

Hidup..٩(●̮̮̃•̃)۶

Hidup tak selalunya indah
tapi yg indah ada dalam ingatan..

Hidup jangan jadi seperti lilin
hanya hidup bila diperlukan
akan padam bila terang
akan hidup bila gelap..

Hidup jangan jadi seperti air mata
sering hilang tidak mengira masa
akan jatuh bila menangis
akan keluar bila gembira..

Hiduplah seperti isi dan kuku
yg saling memerlu untuk terus hidup
tidak berpisah walau luka
tidak terpisah walau sering dipotong
kuku pasti kan tumbuh semula..


Tuesday, January 1, 2013

2013

Assalamualaikum....

Holaa..Cakkkk...

Happy New Year... Kebaboommm...
hehehe...buat bunyi sendiri la ye sebab tak boleh
ada bunga api dalam ni.. nak letak video cam malas pula..
So tahun baru azam tetap yg lama... Nak selesaikan azam
tahun lepas yg tak dapat di tunaikan... Ooppss apa azam Emiey
tak dapat nak dikongsikan... Tungguuuuu....

Ok la Update tuk tahun baru ni tak berapa nak ada
maybe next week baru nak ada... Nak cari material yg
lebih baik... So hopefully all readers dapat bagi sokongan
tuk Emiey terus menghasilkan nukilan yg lebih baik...

Bubye... Muaaahhhh Love u alls....❤‿❤

Next Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...