السلام عليكم

Tuesday, May 7, 2013

Mengharap Pada yg Tak Pasti●●

Memang benar amat menyakitkan bila kita mengharap pada yg tak pasti. Tetapi ku cuba tuk mendapatkan kepastian tuk segala persoalan. Bila kita tak cuba kita tak akan tahu. Begitu juga dalam hal cinta. Benar cinta tak semstinya memiliki tetapi jika kita berusaha tuh mendapatkannya kita akan merasa puas.

Ku cuba tuk meraih cinta dia walau ku sendiri tidak tahu adakah dia cinta yg Tuhan beri buatku. Tapi aku mencuba tuk mencari cinta hatiku yg sebenar.

Kerna cinta dia ku abaikan segalanya. Ku buang sahabat, ku buang kawan, mungkin ini salah ku kerna aku terlalu mencintai dirinya. Kerna cinta pada dia juga ku sering melupakan masa tuk diri sendiri kerna ku fikir seluruh hidupku hanya buat dirinya seorang.

Harapan yg telah dia beri membuatku rasa bertanggungjawab kerna harapan yg diberi terlalu tinggi buatku. Bukan harapan sahaja yg dia beri tetapi sesuatu yg amat berharga ku perolehi. Mungkin aku terlalu taksub dengan harapan ini hingga aku terbuai dengan perasaan sendiri. Aku hanyut hingga aku tidak mampu tuk berpatah kembali.

Sungguh sakit bila dipertengahan jalan aku dikejutkan dengan suatu kejadian. Aku terlalu memikirkan masa hadapan dan saat ini bila aku terluka sakitnya amat terasa. Aku tak mampu tuk bangun kembali kerna aku terluka dan luka ku ini sangat dalam. Luka kerna cinta.

Dan kini ku cuba tuk bangun kembali kerna ku tak mahu terus rebah kerna cinta. Ku berusaha tuk pulih kembali tapi mungkin tak semudah memetik jari. Ku akan terus setia dengan cinta dia kerna ku tak snggup kehilangan dia. Akan ku pastikan apa yg tidak pasti suatu hari akan menjadi suatu yag pasti. Dia milik ku kerna aku memilih dia kerna ALLAH. Bukan kerna terpaksa atau desakan. Ku yakin dia adalah yg terbaik buat diri ku...



●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●


No comments:

Post a Comment

Next Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...