السلام عليكم

Sunday, May 12, 2013

Bangkitnya Aku.●●

Ku tak mahu menjadi hambaMu yg berdosa
ku tak mahu menjadi anak yg derhaka
dan ku tak mahu menjadi kekasih yg tak setia
kerna aku hanya insan biasa...

Ku tahu banyak dosaku
hanya ingat DIA kala dukaku
namun ku mencuba kuatkan hatiku
agar lebih dekat dengan DIA dalam hatiku...

Tak pernah ku lupa siapa DIA dihatiku
kerna besar kasihNYA lahirlah aku
cuma khilafku mengejar sesuatu belum tentu milikku
akhirnya aku tersungkur layu...

Kini ku bangun kembali
bersama luka dan kehancuran
kerna ku tahu DIA masih mengasihi
memberi cinta tanpa ada sempadan...

Tuhan ku ajarkan aku bahagia
agar aku tak lupa
mencari kasih untuk menuju ke Syurga...


Wednesday, May 8, 2013

Perubahan Sedar atau Tidak●●

Kesalahan..
Dalam hidup ini setiap hari dan setiap saat pasti kita akan pelajari benda yg baru. Dan percayalah pada ketika itu kita pasti akan melakukan kesalahan. Cuma tiap kesalahan itu kita sedar atau tidak terpulang pada individu itu sendiri. Dari kesalahan kita perbaiki kesilapan.

Berubah..
Seringkali kita mencari kesalahan orang lain dan dari situ kita mengatakan yg orang itu telah berubah. Sedangkan diri sendiri yg telah berubah tetapi kita tak sedar atau berpura-pura tuk mencari kesalahan orang lain. Setiap manusia tak akan sama dan tiap manusia itu akan ada perubahannya. Walau ia sebesar zarah tapi perubahan tetap akan ada, cuma bagaimana kita mengatasi perubahan itu. Percayalah kerna setiap perubahan yg buruk bila di tegur pasti akan berubah menjadi baik. Jadi berbincanglah.

Kesetiaan..
Kesetiaan ada dalam banyak perkara. Setia dalam cinta, persahabatan dan keluarga. Setia dengan cinta memang perlu kerna bila setia hubungan itu pasti bertahan lama. Dan setia juga akan memberi kita bahagia pada akhirnya.

Tuesday, May 7, 2013

Mengharap Pada yg Tak Pasti●●

Memang benar amat menyakitkan bila kita mengharap pada yg tak pasti. Tetapi ku cuba tuk mendapatkan kepastian tuk segala persoalan. Bila kita tak cuba kita tak akan tahu. Begitu juga dalam hal cinta. Benar cinta tak semstinya memiliki tetapi jika kita berusaha tuh mendapatkannya kita akan merasa puas.

Ku cuba tuk meraih cinta dia walau ku sendiri tidak tahu adakah dia cinta yg Tuhan beri buatku. Tapi aku mencuba tuk mencari cinta hatiku yg sebenar.

Kerna cinta dia ku abaikan segalanya. Ku buang sahabat, ku buang kawan, mungkin ini salah ku kerna aku terlalu mencintai dirinya. Kerna cinta pada dia juga ku sering melupakan masa tuk diri sendiri kerna ku fikir seluruh hidupku hanya buat dirinya seorang.

Harapan yg telah dia beri membuatku rasa bertanggungjawab kerna harapan yg diberi terlalu tinggi buatku. Bukan harapan sahaja yg dia beri tetapi sesuatu yg amat berharga ku perolehi. Mungkin aku terlalu taksub dengan harapan ini hingga aku terbuai dengan perasaan sendiri. Aku hanyut hingga aku tidak mampu tuk berpatah kembali.

Sungguh sakit bila dipertengahan jalan aku dikejutkan dengan suatu kejadian. Aku terlalu memikirkan masa hadapan dan saat ini bila aku terluka sakitnya amat terasa. Aku tak mampu tuk bangun kembali kerna aku terluka dan luka ku ini sangat dalam. Luka kerna cinta.

Dan kini ku cuba tuk bangun kembali kerna ku tak mahu terus rebah kerna cinta. Ku berusaha tuk pulih kembali tapi mungkin tak semudah memetik jari. Ku akan terus setia dengan cinta dia kerna ku tak snggup kehilangan dia. Akan ku pastikan apa yg tidak pasti suatu hari akan menjadi suatu yag pasti. Dia milik ku kerna aku memilih dia kerna ALLAH. Bukan kerna terpaksa atau desakan. Ku yakin dia adalah yg terbaik buat diri ku...



●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●


Cinta Dalam RedhaMu●●

Apabila kesusahan dan kesedihan mengetuk pintu,
cinta keluar melalui tingkap.

Duhai hati,
Aku disakiti lagi. Kali ini lebih dalam dan lebih menyakitkan. Entah dimana silap ku hingga aku diperlakukan begini. Cinta ku di duakan, cinta ku di khianati hingga aku rebah tak mampu bangun kembali. Kerna cinta dia aku jadi begini. Begitu kuat kuasa cinta ini hingga aku tak mampu kehilangannya.

Ya Allah,
Bantulah hambaMu ini tuk terus bangkit. Tiupkan semangat buat diriku agar aku tidak lemah dengan cinta yg aku tidak pasti adakah ia dalam redhaMu. HambaMu ini kerdil, hambaMu ini jahil, hanya padaMu sahaja yg maha mengetahui apa yg tersembunyi dan apa yg tersirat. Jika benar cinta yg aku miliki sekarang adalah dalam radhaMu maka satukan kami.

Ya Allah,
 Aku mohon berikanlah petunjuk memilih yg baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yg baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yg besar. Engkau maha kuasa dan aku adalah hambaMu yg dhaif. Engkau maha tahu dan aku adalah hambaMu yg jahil. Engkau maha mengetahui semua yg ghaib dan yg tersembunyi.

Ya Allah,
Bantulah HambaMu ini dengan memberi petunjuk haruskah aku teruskan cinta ini kerna aku tak mahu disakiti lagi dan aku tak mahu menyakiti hati ibuku lagi.

Ya Allah,
Jika dia bukan cinta yg Kau redhakn buatku maka aku mohon moga Kau jauhkan lah dia dari aku dan jauhkanlah aku dari dia. Sesungguhnya aku tidak mahu menjadi manusia yg lalai mengejar cinta manusia sedangkan dahulunya aku tidak mengejar cinta dari Mu Tuhan yg satu, Allah. Aku mahu menjadi seorang hambaMu yg selalu mengingatiMu dikala aku senang mahupun susah kerna tiada yg dapat membantu aku melainkanMu Tuhan ku. Ampunkan aku bila selama ini aku sering melupakanMu. Ku mohon janganlah Kau melupakan aku kerna aku tidak mampu hidup tanpa cinta dan kasihMu Ya Allah.







Monday, May 6, 2013

Cintai aku kerna Allah●●

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku..


Duhai cinta hatiku,

Aku tidak mengharapkan cintamu, tapi Allah telah menundukkan hatiku tuk terima dirimu seadanya. Kerna itu juga aku dengan rela hati mencintaimu setulus hati ku.

Duhai cinta hatiku,

Dengarlah bisikan hati ku ini, benar diri ini tidak mampu hidup tanpa diri mu. Telah ku berusaha tuk mengusir perasaan ini tapi sungguh ku tak mampu.  Ku tak mampu berpura-pura tuk melupakanmu kerna ku yakin besar kasih-NYA kau telah di ciptakan buat ku. Walau ku tahu aku tidak sempurna tapi akan ku berusaha tuk jadi yang lebih baik. Aku tidak setabah Mariam tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha, tak sekuat Siti Hajar dan tak semulia Siti Khadijah r.a.. 

Duhai cinta hatiku,

Ku mohon tuk terima aku ikhlas kerna Allah dan akan mencintai aku kerna Allah.
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang, Aku berharap jika nanti Allah pertemukan kita dan kau akan selalu membimbingku agar aku menjadi wanita yang solehah yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan di akhirat. 

Duhai pemilik hatiku,

Andai kau ditakdirkan untukku, ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku, kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita, kau boleh mencintaiku apa adanya dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh bijaksana. Dan andai aku salah tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan kerna aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku. Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya. Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu..




Next Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...