السلام عليكم

Sunday, May 12, 2013

Bangkitnya Aku.●●

Ku tak mahu menjadi hambaMu yg berdosa
ku tak mahu menjadi anak yg derhaka
dan ku tak mahu menjadi kekasih yg tak setia
kerna aku hanya insan biasa...

Ku tahu banyak dosaku
hanya ingat DIA kala dukaku
namun ku mencuba kuatkan hatiku
agar lebih dekat dengan DIA dalam hatiku...

Tak pernah ku lupa siapa DIA dihatiku
kerna besar kasihNYA lahirlah aku
cuma khilafku mengejar sesuatu belum tentu milikku
akhirnya aku tersungkur layu...

Kini ku bangun kembali
bersama luka dan kehancuran
kerna ku tahu DIA masih mengasihi
memberi cinta tanpa ada sempadan...

Tuhan ku ajarkan aku bahagia
agar aku tak lupa
mencari kasih untuk menuju ke Syurga...


No comments:

Post a Comment

Next Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...