السلام عليكم

Monday, February 28, 2011

.::.February.::.

Walau aku terus menyendiri
tidak aku menangis lagi
kerna aku harus kuat
tuk menempuh hari yang mendatang
walau hari berganti minggu
minggu berganti bulan
atau bulan berganti tahun
akan ku cuba tuk kembali kuat
kecundangnya cinta bukan bermakna
berakhirnya dunia.

Biar pun payah
tapi keseorangan bukan bermakna
aku harus menjadi lemah
biar mereka tahu
siapa aku yang sebenarnya
diri ku hanya insan biasa
tapi aku tetap aku
tidak akan aku menyerah kalah
aku hanya mengalah
mengalah bukan bererti aku kalah.

Sunday, February 27, 2011

.::.Cantik.::.

Walau aku tidak cantik
tidak pernah aku sesali
kerna walau aku tidak cantik
di pandangan mereka
tapi aku tetap cantik di sisi Tuhan ku
biar aku tak punya kekasih
tapi aku tahu aku punya
kekasih yang abadi (ﷲ)
DIA cinta agungku dulu, kini dan selamanya
andai aku tidak punya kekasih
ku tahu aturan hidup ku
kerna semuanya telah di rancang oleh-NYA
kalau ini suratan hidup ku
tak akan aku sesali

Duhai kekasih,
kecantikan itu hanya sementara
walau kau agungknnya ia tidak kemana
ku harap kau mengerti
jangan dibanggakan kecantikan luaran
carilah kecantikan di hatinya
ia pasti membawa kebahagiaan.

.::.Hatinya Milik Ku.::.

Wina dan Adam adalah sepasang kekasih. Suatu hari Wina disahkan menghidap barah hati.
Ikuti dialog mereka di bawah..

Wina  : saya risau la esok hari pembedahan itu.
Adam : jangan la risau sayang, saya akan menunggu awak.
Wina  : awak jangan tinggalkn saya ya.
Adam : ya sayang saya tidak akan tinggalkan awak.

Tiba hari pembedahan.
Wina  : awak, saya takut.
Adam : jangan takut ok, saya ada di sisi awak.
Wina  : kalau jadi apa2 pada saya macam mana?
Adam : berdoa pd tuhan moga segalanya berjalan lancar.
Wina  : Adam, saya sayang awak dan saya mencintai awak.
Adam : saya juga sayang dan mencintai awak hingga
            nafas saya yang terakhir.

Selesai pembedahan.
Wina : ibu, mana Adam?
Ibu    : Adam tak bagitahu Wina ke sayang?
Wina : kenapa dengan Adam, ibu?
Ibu    : Wina, ibu harap Wina dapat bersabar ya.
Wina : kenapa ni apa yang dah berlaku?
Ibu    : Adam adalah pemderma hati tu sayang.

Seorang kekasih yang menyayangi kekasihnya
akan sanggup melakukan apa saja
demi kekasihnya. Ini lah yang di namakan cinta sejati.

✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥✿♥

Tuesday, February 22, 2011

.::.Hati.::.

Duhai hati aku di sakiti lagi
kali ini lebih sakit
hingga tak tertanggung aku menahannya
aku menangis aku kecewa
tapi tiada siapa yang tahu.

Duhai jiwa mengapa aku lemah
kali ini amat terseksa
hingga tak sanggup aku bangun kembali
aku sedih aku sakit
tapi akan ku cuba ubati lara.


Jika hati ku di samakan dengan kaca
pasti akan terlihat garis retak
dan akhirnya akan pecah jatuh ke tanah

Jika jiwa ku di samakan dengan kertas
pasti akan terlihat jelas
dan akhirnya akan terkoyak dipijak manusia.

Akan ku cuba tuk pulih kembali
walau sakit walau sukar
biar masa berganti masa
tapi ku juang demi hidup yang tinggal.

.::.Air Mata.::.

Rahsia alam walau mudah kelihatan
tapi payah tuk di keluarkan
tiada paksaan tapi hanya perasaan
yang menjadi ia hadir dan kelihatan
hidup ini punya beratus alasan tuk kita menangis
tapi hanya satu menjadi pilihan

Cinta,
begitu mudah tuk dilafaskan
tapi tak semua pandai hargai cinta
hanya yang mampu bisa menawan
dan akan hargai cinta
air mata akan mudah di keluarkan
jika diri merasa hiba di tinggalkan
hati yang sakit begitu mudah terluka
air mata akan menjadi teman setia.

Mengapa perlu aku menangis
hanya kerana hal yang lepas
hanya mengundang sakit di hati
biar ia disimpan menjadi sejarah
dan tidak akan di ulang supaya hati
terubat semula.

Jika aku menangis yang ku harapkan
biarlah ia kerana hal yang baik
kerna aku tidak berdaya menangis kerna cinta
cinta dulu memusnahkan aku
menghanyutkan aku jauh
kini aku akan kembali walau tiada cinta dihati.

sedih sangat-sangat
nangis berkilo-kilo
sakit sangat-sangat
air mata berkilo-kilo..

Monday, February 21, 2011

.::.Bonda.::.


B o n d a
   Anakanda masih memerlukan petunjuk ke jalan kebahagiaan dunia dan akhirat serta erti kehidupan. Juga anakanda mohon moga bonda berikan anakanda kekuatan dan restu tuk anakanda menempuh hidup ini. Doa dari bonda sungguh berharga buat anakanda.
   Terima kasih bonda kerana melahirkan anakanda, membesarkan anakanda tanpa rasa lelah tanpa rasa penyesalan. Maafkan anakanda kerana sering menyusahkan bonda, tapi ketahuilah bahawa anakanda amat menyayangi bonda. Bonda, anakanda mohon halalkn tiap susu yg telah bonda berikan serta kasih sayang yang tak pernah berbelah bagi. Jasa bonda akan anakanda kenang hingga nyawa anakanda terpisah dari jasad kerana bonda adalah Ibuku selamanya.

Ku mencintai mu lebih dari apa pun
Meskipun tiada satu orang pun yg tahu
Ku mencintai mu sedalam-dalam hati ku
Meskipun suatu saat aku pergi tinggalkan mu

Saya sayang mak saya..mak saya adalah segalanya buat saya..

.::.Indahnya Kehidupan.::.

Kehidupan tak selalunya indah
tapi yang indah itu adalah kehidupan
walau hanya sendirian tapi hargai ia
kerana mungkin keindahan itu akan berakhir

Kehidupan penuh cabaran
walau sukar tapi pasti ada manisnya
yang pahit dijadikan kenangan
biar kita tahu erti kehidupan

.::.Senyum Mu.::.

Bila ku lihat senyuman mu seperti ku melihat matahari yg menyinar
Bila ku lihat wajah mu seperti ku lihat pelangi yg cukup indah
Bila ku dengar tawa mu seperti ku mendengar kicau burung menyanyi riang
Sayang, jangan kau pergi tinggalkn aku.

Bila kau hilang ku mula resah
Bila kau diam ku mula gundah
Bila kau sepi ku mula gelisah
Tapi bila ku lihat senyum mu, ku rasa sungguh indah.

Sunday, February 13, 2011

.::.Pemergian Ku.::

Biar aku yang melangkah pergi
untuk aku mencari ketenangn diri
andai tiba saat nanti
aku pasti akan kembali
tapi andai aku pergi dan tak akan kembali
jangan pernah kau sesali
mungkin antara kita tiada jodoh lagi...

Jangan pernah kau menangis sayang
kau akan selalu ku kenang
walau susah walau senang
kenangan kita tak akan hilang...

Monday, February 7, 2011

.::.Ombak dan Pantai.::.

Sayang,
aku umpama pantai yang sentiasa setia untuk mu,
sentiasa ada bila kau perlu
ketahuilah aku amat jujur dan iklas menunggu mu
tapi kau umpama ombak yang datang tak menentu
selalu berubah rupa dan keadaan tanpa memikirkan hati dan perasaan ku
pernah kau tanyakan soalan pada ku layakkah kau buat ku
entah...yang pasti aku bahagia menjadi diri ku
tapi aku tak bahagia menyakiti kekasih ku.♥♥

Next Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...