السلام عليكم

Monday, December 31, 2012

Happy New YeaR...!

Happy New YeaR...!

AuchakKkk...Happy New YeaR To aLL rEaders..
May ALLAH Bless all of u..

Syukur Alhamdulillah kita telah melalui tahun 2012 hingga akhirnya..
Moga tahun 2012 akan memberi kita pengajaran yg baik dan
berguna tuk kita di tahun hadapan..
(cehhh esok je pon tahun depannya..) Hehehee..
Segala perkara yg telah berlaku tidak kira baik atau buruk
jadikanlah ia sebagai pengajaran.. Harap² perkara yg tidak
baik tak akan berulang kembali..

Apa azam readers semua..? Ahakss..azam Emiey adalah tuk
selesaikan azam tahun² lepas...hakhak.. Apa azam Emiey tak
payahla korang tahu ye.. (malu sebenarnya..)
Tak kesah la apa azam kita yg penting
ALLAH jangan kita lupa..ok..

Okk cukup merepek Emiey kali ini.. Moga Tahun baru ni kita akan lebih
baik dari tahun sebelumnya..
"Jangan terlalu meninggi diri dan jangan pula 
 merendah diri..
Cukup sekadar kita dikenali walau hanya secebis kenangan.."

Sunday, December 16, 2012

Lesung Pipit. Cacat tapi CantiK..◕

Assalamualaikum..
Hola semua pembaca.. selamat pagi dan salam hujung minggu..
Haaa ada tak sape² yg ade Lesung Pipit..? (lekuk yg terdapat pd pipi)
Law ada ia 1 bonus sebab bila senyum nampak muka manis sgt.
^__^ hehee...(termasuklah saya..)

Ada orang kata Lesung Pipit ni cacat..tapi bagi Emiey ia cacat yg cantik..^__^
Ok ada sesetengah orang Lesung Pipit dia kat belah kanan & ada pula di belah kiri..
Ada juga kedua belah pipi mempunyai Lesung Pipit ni..Wahh Cantik lg la..

Pada kebiasaan Lesung Pipit yg terdapat pada pipi manusia adalah 1 lekuk. Penah tak korang tgk lekuk Lesung Pipit sampai 3..?
Law tak pernah ni ada contoh manusia yg mempunyai 3 lekuk Lesung Pipit.
(cewahhh promosi diri sendiri..) >.<
*Gambar ini tidak di edit tetapi ia adalah BENAR & ASLI..



Kejadian Lesung Pipit..
Lesung pipit boleh terjadi apabila otot zygomaticus utama yang terbentuk lebih pendek daripada ukuran sebenar, ataupun otot ini terbelah menjadi dua. Ketika seseorang itu tersenyum atau ketawa maka akan berlaku satu daya tarikan kulit yang akan menghasilkan lesung pipit (efek penarikan kulit tersebut).


Apa yang menariknya, lesung pipit ini adalah satu kecacatan yang menjadi rebutan apabila ada satu kaedah pembedahan bagi mewujudkan lesung pipit pada raut wajah asli.

Menurut kajian yang dah dijalankan, lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik. Dan lebih menarik lesung pipit adalah gen yang dominan. Maksudnya, kalau mana-mana pasangan yang salah sorangnya ada lesung pipit, anak yang bakal lahir akan ada berpotensi untuk dapat lesung pipit sebanyak 20-50%.

Ahahahaa..nampak tak Lesung Pipit ni dah jadi kegilaan orang ramai..tapi yg peliknya mak & abah Emiey tak ada pulak Lesung Pipit ni..So adakah kajian ini benar..?
Hanya ALLAH yg maha mengetahui..

Thursday, December 6, 2012

Buah Dari Syurga.‎|®


Pentingnya delima sebagai sumber makanan terbukti apabila delima di sebut di dalam Kitab Suci Al-Quran sebanyak 3 kali. Pada Zaman nabi Musa delima di tanama di Syria, Palestin dan Lubnan.

Delima yang kaya dengan Sodium ,riboflavin, thiamin, niacin, vitamin c, kalsium dan fosforus. Antara khasiat delima ialah ia merupakan tonik yang sangat baik untuk jantung. Ia juga membantu mengurangkan sakit jantung.
Ia merupakan antara penawar yang baik untuk membantu masalah keradangan perut. Ia membantu melegakan cirit birit dan disentri.


Pesakit anaemia atau kurang darah juga mendapat manafaat daripada buah delima. Delima yang diambil bersama madu merupakan penawar homopati yang berkesan untuk menangani masalah darah gemuruh dan panik. Amalan makan buah delima merupakan amalan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.selain daripada buahnya bunga delima juga digunakan untuk merawat banyak penyakit.



RAHSIA BUAH DELIMA DI DALAM AL-QURAN

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. 

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. 

Frman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;

“Dan Dialah yang menurunkan hujan. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang meng­hijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tan dan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengndungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.


Selain dari menjadi ubat kepada tubuh, delima juga mempunyai keupayaan membantu dari segi kerohanian. Ia pernah disebut sebagai sumber "penerang hati" kepada pemakannya.

Untuk penerang hati. Sabda Nabi SAW, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya ALLAH menerangkan hatinya selama 40 hari.” 

Delima Melawan Kanser Payudara

Kajian Penyelidik mendapati jus delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara, kanser kulit dan kanser prostat serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.


Delima Melawan Penyakit Jantung

Jus delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi; flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.


Delima Mengurangkan Batuk dan Asma

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada penghidap asma dan lelah.


Delima Mengurangkan Berat Badan

Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan. Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan meningkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.


<Sumber dari sebuah Blog>

Monday, December 3, 2012

Perangai..★

Bila ego menguasai diri,
martabat di julang tinggi,
Bila ego menguasai diri,
syaitan beraja dihati..


Perangai manusia boleh berubah,
kalau nak tahu duduklah serumah,
baru tahu punyalah susah,
teruknya perangai SubhanAllah.. 

Seteruk-teruk orang gila,
gila lagi si gila kuasa
jangan nak cuba belagak kaya
kalau dah memang kau tiada apa-apa..

Next Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...