السلام عليكم

Monday, December 31, 2012

Happy New YeaR...!

Happy New YeaR...!

AuchakKkk...Happy New YeaR To aLL rEaders..
May ALLAH Bless all of u..

Syukur Alhamdulillah kita telah melalui tahun 2012 hingga akhirnya..
Moga tahun 2012 akan memberi kita pengajaran yg baik dan
berguna tuk kita di tahun hadapan..
(cehhh esok je pon tahun depannya..) Hehehee..
Segala perkara yg telah berlaku tidak kira baik atau buruk
jadikanlah ia sebagai pengajaran.. Harap² perkara yg tidak
baik tak akan berulang kembali..

Apa azam readers semua..? Ahakss..azam Emiey adalah tuk
selesaikan azam tahun² lepas...hakhak.. Apa azam Emiey tak
payahla korang tahu ye.. (malu sebenarnya..)
Tak kesah la apa azam kita yg penting
ALLAH jangan kita lupa..ok..

Okk cukup merepek Emiey kali ini.. Moga Tahun baru ni kita akan lebih
baik dari tahun sebelumnya..
"Jangan terlalu meninggi diri dan jangan pula 
 merendah diri..
Cukup sekadar kita dikenali walau hanya secebis kenangan.."

Sunday, December 16, 2012

Lesung Pipit. Cacat tapi CantiK..◕

Assalamualaikum..
Hola semua pembaca.. selamat pagi dan salam hujung minggu..
Haaa ada tak sape² yg ade Lesung Pipit..? (lekuk yg terdapat pd pipi)
Law ada ia 1 bonus sebab bila senyum nampak muka manis sgt.
^__^ hehee...(termasuklah saya..)

Ada orang kata Lesung Pipit ni cacat..tapi bagi Emiey ia cacat yg cantik..^__^
Ok ada sesetengah orang Lesung Pipit dia kat belah kanan & ada pula di belah kiri..
Ada juga kedua belah pipi mempunyai Lesung Pipit ni..Wahh Cantik lg la..

Pada kebiasaan Lesung Pipit yg terdapat pada pipi manusia adalah 1 lekuk. Penah tak korang tgk lekuk Lesung Pipit sampai 3..?
Law tak pernah ni ada contoh manusia yg mempunyai 3 lekuk Lesung Pipit.
(cewahhh promosi diri sendiri..) >.<
*Gambar ini tidak di edit tetapi ia adalah BENAR & ASLI..



Kejadian Lesung Pipit..
Lesung pipit boleh terjadi apabila otot zygomaticus utama yang terbentuk lebih pendek daripada ukuran sebenar, ataupun otot ini terbelah menjadi dua. Ketika seseorang itu tersenyum atau ketawa maka akan berlaku satu daya tarikan kulit yang akan menghasilkan lesung pipit (efek penarikan kulit tersebut).


Apa yang menariknya, lesung pipit ini adalah satu kecacatan yang menjadi rebutan apabila ada satu kaedah pembedahan bagi mewujudkan lesung pipit pada raut wajah asli.

Menurut kajian yang dah dijalankan, lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik. Dan lebih menarik lesung pipit adalah gen yang dominan. Maksudnya, kalau mana-mana pasangan yang salah sorangnya ada lesung pipit, anak yang bakal lahir akan ada berpotensi untuk dapat lesung pipit sebanyak 20-50%.

Ahahahaa..nampak tak Lesung Pipit ni dah jadi kegilaan orang ramai..tapi yg peliknya mak & abah Emiey tak ada pulak Lesung Pipit ni..So adakah kajian ini benar..?
Hanya ALLAH yg maha mengetahui..

Thursday, December 6, 2012

Buah Dari Syurga.‎|®


Pentingnya delima sebagai sumber makanan terbukti apabila delima di sebut di dalam Kitab Suci Al-Quran sebanyak 3 kali. Pada Zaman nabi Musa delima di tanama di Syria, Palestin dan Lubnan.

Delima yang kaya dengan Sodium ,riboflavin, thiamin, niacin, vitamin c, kalsium dan fosforus. Antara khasiat delima ialah ia merupakan tonik yang sangat baik untuk jantung. Ia juga membantu mengurangkan sakit jantung.
Ia merupakan antara penawar yang baik untuk membantu masalah keradangan perut. Ia membantu melegakan cirit birit dan disentri.


Pesakit anaemia atau kurang darah juga mendapat manafaat daripada buah delima. Delima yang diambil bersama madu merupakan penawar homopati yang berkesan untuk menangani masalah darah gemuruh dan panik. Amalan makan buah delima merupakan amalan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.selain daripada buahnya bunga delima juga digunakan untuk merawat banyak penyakit.



RAHSIA BUAH DELIMA DI DALAM AL-QURAN

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. 

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. 

Frman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;

“Dan Dialah yang menurunkan hujan. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang meng­hijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tan dan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengndungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.


Selain dari menjadi ubat kepada tubuh, delima juga mempunyai keupayaan membantu dari segi kerohanian. Ia pernah disebut sebagai sumber "penerang hati" kepada pemakannya.

Untuk penerang hati. Sabda Nabi SAW, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya ALLAH menerangkan hatinya selama 40 hari.” 

Delima Melawan Kanser Payudara

Kajian Penyelidik mendapati jus delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara, kanser kulit dan kanser prostat serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.


Delima Melawan Penyakit Jantung

Jus delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi; flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.


Delima Mengurangkan Batuk dan Asma

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada penghidap asma dan lelah.


Delima Mengurangkan Berat Badan

Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan. Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan meningkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.


<Sumber dari sebuah Blog>

Monday, December 3, 2012

Perangai..★

Bila ego menguasai diri,
martabat di julang tinggi,
Bila ego menguasai diri,
syaitan beraja dihati..


Perangai manusia boleh berubah,
kalau nak tahu duduklah serumah,
baru tahu punyalah susah,
teruknya perangai SubhanAllah.. 

Seteruk-teruk orang gila,
gila lagi si gila kuasa
jangan nak cuba belagak kaya
kalau dah memang kau tiada apa-apa..

Friday, November 16, 2012

Andai Aku Jatuh Cinta.✿

Doa ini sesuai untuk kita baca dan dikongsikn buat semua. Mudah-mudahan doa ini dapat kita amalkan agar kita jatuh hati pada seseorang bukan kerana dirinya tetapi keranaNYA…

بِسْــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah...
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…
Amin ya rabbal alamin…

Al-Fatihah✿

Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada gangguan syaitan terkutuk.
(1) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
(2) Segala puji bagi Allah (SWT), Tuhan Semesta Alam.
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(4) Yang menguasai hari pembalasan (kiamat).
(5) Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan Engkaulah sahaja kami mohon pertolongan.
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,
(7) (iaitu) jalan orang-orang yang Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan mereka yang dimurkai) dan bukan pula jalan orang yang sesat..
Amin.®

Thursday, November 15, 2012

Tasbih Dari Jari..✿

Assalamualaikum...
Salam Maal Hijrah for all Muslims..
Salam Maal Hijrah buat semua Umat Islam..
اللّهُ أكبر  اللّهُ أكبر  اللّهُ أكبر

Alhamdulillah di tahun baru ini kita masih diberi kesempatan
tuk terus bernafas. Dan juga diberi kesempatan tuk sujud
memohon keampunan terhadap-NYA..

Di tahun baru ini cubalah untuk kita berubah dari yg buruk kpd
yg lebih baik. Insyaallah hati yg ikhlas pasti mendapat keberkatan
dari yg Maha Esa. Jika tidak menyeluruh berlajarlah dari yg sekecil
perubahan. Berzikir.

Islam itu mudah. Jgn sukarkan sesuatu yg sebenarnya mudah.
Jom sy kongsikan sesuatu yg semua orang boleh buat.


Alhamdulillah..
Allah Huakbar..
Laa ilaa haillallah..
Subhanallah..

♫♫♫♪♪♪♫♫♫♫♫♫♪♪♪♫♫♫♫♫♫♪♪♪♫♫♫♫♫♫♪♪♪♫♫♫♫♪♪♪♫♫♫♫♫♫♪♪♪♫♫♫♫♫♫♪♪♪♫♫♫

Saturday, November 10, 2012

Bahagia Tercipta..✿

Bukan mudah tuk percaya
perkenalan yang baru tercipta
tapi hati kuat berkata
yang baru tak semuanya merbahaya...


Bukan mudah tuk mencipta bahagia
tapi lebih sukar bila duka menjelma
kerna muncul si cemburu buta
menjadi perosak perbalahan tercipta...

Perkenalan baru telah bermula
tapi yang bermula pasti ada akhirnya
pada mula kita bergembira
dah akhirnya kita berpisah juga...

Perpisahan bukan selamanya
akan bertemu bersama semula
tak perlu bersedih tapi harus bergembira
kerna yang terjadi ada hikmahnya...


**Mencari sahabat ibarat mencari sebutir permata
sukar mendapat yang menangis bersama
yang hanya ada tertawa sahaja
jika sudah jumpa jagalah dia.

*Mereka (dalam Gambar) adalah antara sahabat baik saya.

Saturday, October 13, 2012

®.Salah Aku?.®

Salahkah aku bila aku diam?
salahkah aku jika aku menghilang?
salahkah aku bila semua ini terjadi?
perlukah aku bersuara?

Jika benar ia salah diri ku
akan aku bersuara
bersuara demi keadilan
bersuara memohon kemaafan...



Tapi jika itu bukan salah ku
tak perlu aku bersuara
tak perlu aku menyakiti hati sendiri
kerna aku tidak bersalah...


®.Apa Salah Diri Ku?.®

Puas ku bertanya
apa salah diri ku
tapi tak juga ku tahu...

Puas ku berfikir
apa salah diri ku
tapi tiada siapa yg tahu...

Puas ku teliti
apa salah diri ku
atau hanya mereka ingin menduga ku...

Suatu detik
aku mendapat jawapan
jawapan yg aku tercari-cari selama ini...

Mengapa perlu aku bertanya sedangkan dia punya jawapan
mengapa perlu aku berfikir sedangkan yg salah bukan diri ku
mengapa perlu aku teliti sedangkan yg terluka itu adalah diri ku...

Jadi mengapa perlu semua itu
kerna yg salah pasti akan terus bersalah
dan yg tidak bersalah tidak perlu bersuara
dan aku lebih baik diam dari terus disakiti...

Tuesday, October 9, 2012

®.Cameron.®

Cameron Highland
6 Oktober 2012
2 hari 1 malam
BB In Hotel (Budget Hotel)
RM100 - Sabtu & Ahad (bukan hari minggu harga lg murah)

Percutian yg x di sangkakan. Walaupun singkat tp tetap puas hati.
Nak pergi luar negara jauh sangat n x mampu dari segi kewangan.. Huhuu...
Alhamdulillah rezeki yg sedikit dapat juga emiey kongsikan dgn bonda ku yg tersayang...
Paling penting Cameron still SEJUKKKKkkkk...

Bawah ni gambar yg sempat emiey ambik tuk tatapan semua..^____^
Stawbery...



Lagi dan lagi...weiiiii..........


Passion Fruits...???




Kasut Wanita...???









Yg ni mesti tau kan...kobis...


Periuk Kera...

®.Misteri kehidupan.®

Hidup ini penuh misteri
walau di tempuh hari-hari
tapi tetap kan ada sepi
yg menemani sepanjang hari...

Usah di ragu pada mimpi
kerna mimpi adalah ciptaan ilahi
kalau benar ia sekadar mimpi
itu kerana hidup ini penuh misteri...

Kalau benar kamu masih menyendiri
usah risau atau bersedih hati
kerna hidup penuh misteri
tetap akan ada suatu hari nanti...

Allah maha besar
segala yg terjadi ada hikmahnya
walau kita tidak mengetahui segala yg terjadi
tapi Allah tetap adil...
itulah rahsia Allah...
اللّهُ أكبر

Friday, August 10, 2012

٩(●̮̮̃•̃)۶Kenangan٩(●̮̮̃•̃)۶

1001 kenangan hanya 1 yg kita fikirkan
beribu² hayalan belum tentu jadi kenyataan
banyak² dugaan mungkin hanya 1 yg kita dapat bertahan
bila tiba masanya ia hanya sebuah kenangan...

Hidup penuh dugaan
harus ditempuh tiap insan
walau hanya secebis harapan
jangan hanya jadi angan²...

Belajar dari kesilapan
simpanlah sayang jangan di bazirkan
buat bekalan di masa hadapan
mungkin ia hanya sebuah kenangan...

Kenangan yg hanya dalam ingatan
tak mungkin menjadi kenyataan
kerna dia hanya hidup dalam kenangan
Kenangan yg dikurniakan oleh TUHAN...

Thursday, August 2, 2012

٩(●̮̮̃•̃)۶Pilih٩(●̮̮̃•̃)۶

Pilih hati bukan rupanya
pilih jiwa bukan tubuhnya
pilih budi bukan hartanya
pilih baik kamu pasti kan bahagia...

Pilih atas dasar hatinya
bukan tuk di gunakan
dan bukan tuk dipermainkan
tapi pilih ia kerna hatinya...

Pilih atas dasar rupanya
bukan bahagia tapi derita
kerna dia ikhlas tiada
akhirnya musnah diri merana....

Wednesday, August 1, 2012

٩(●̮̮̃•̃)۶Rahsia٩(●̮̮̃•̃)۶

Setiap titis air yg membasahi bumi
ada rahsia alam yg tersimpan
walau berjanji sehidup semati
pasti jua kan terlerai ikatan...

Hidup ini penuh dengan rahsia
apa yg berlaku tiada siapa yg tahu
hanya DIA maha kuasa
kerna DIA Tuhan yg satu...

Tuesday, July 17, 2012

٩(●̮̮̃•̃)۶٩Hidup Ini٩(●̮̮̃•̃)۶٩

Hidup ini adakala amat menggembirakan
hidup ini kadangkala penuh cabaran
hidup ini tak selalunya indah
kerna yg indah itu adalah kenangan...

Hidup ini penuh dengan cerita
ada tawa dan ada tangisan
yg buruk jadikan sempadan
yg baik jadikan tauladan...

Hidup ini akan lebih baik
jika penuh dengan senyuman
tapi kelak akan ada tangisan
kerna hidup tak selalunya milik kita


Hidup ini akan ada mati
yg hidup pasti kan pergi
bila tiba masa mereka kan pergi
pergi mereka tak akan kembali...

Alhamdulillah di umur yg baru ini sy masih bernafas
walau tidak dapat bersama mereka yg sy sayang
tetapi hidup harus diteruskan..
bagi yg telah pergi Al-Fatihah...
Ayah sy dan adik sy mereka pergi tuk selamanya
Jamallodin b. Yg Abd Rani & Mohd Ikhwan...
In memory of........

Wednesday, July 4, 2012

◕.Kalah & Mengalah.◕

Diam lebih baik dari berbalah
tapi diam bukan tanda kalah
cuma hanya mahu mengalah...

Seorang mukmin yang bergaul dengan orang lain dan bersabar atas cacian mereka, itu lebih baik dari pada seorang mukmin yang tidak bergaul dengan mereka serta tidak sabar atas cacian mereka (Hadist)


Thursday, June 7, 2012

Judika - Aku Yang Tersakiti




Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Saturday, May 12, 2012

❀.Tidak Cantik.❀

Aku tahu aku tidak cantik
aku tahu banyak kurang diri ini
aku tahu aku tidak sempurna
tapi salahkah aku hidup di dunia ini...?

Aku tahu aku tidak cantik
aku tahu banyak kurang diri ini
aku tahu aku sering khilaf
tapi hinakah aku mencintai diri mu...?

Aku tahu aku tidak cantik
aku tahu banyak kurang diri ini
aku tahu kita tak sepadan
tapi salahkah aku merindui diri mu...?

Jika benar kamu sempurna
mengapa sering kamu khilaf
jika benar kamu sempurna
mengapa sering kamu berduka...

Fikirlah tiada yg sempurna melainkan DIA..

 ♪♫•*¨*•..¸¸¸¸..•*¨*•♫

Friday, May 4, 2012

❀.Bayangkan.❀

Bayangkan ketika kamu sedang bergembira
kamu mendapat berita,
berita yg membuatkan kamu senyap seketika,
rupanya ibu kamu sedang menangis kerana kamu...

Bayangkan ketika kamu bersama rakan² dan bergelak ketawa
kamu mendapat berita,
berita yg membuatkan kamu ingin pulang,
rupanya ibu kamu sedang sakit...

Bayangkan ketika kamu sedang meraikan sesuatu bersama si dia
kamu mendapat berita,
berita yg membawa duka,
rupanya ibu kamu sedang bertaruh nyawa...

Bayangkan ketika kamu pulang
ibu kamu sudah tiada,
yg tinggal hanya sekujur tubuh milik ibu
ibu yg telah membawa kamu di dalam perutnya selama 9 bulan
ibu yg telah menyusukan kamu dari sebesar telapak tangan
ibu yg telah membesarkan kamu dengan payahnya
ibu yg selama ini menahan sabar dengan kerenah kamu...

Bayangkan bila ibu menahan sakit
bayangkan bila ibu sedang menangis
bayangkan bila ibu berada dalam sakaratul maut...
Masyaallah sedangkan kamu tiada di samping dia,
sedangkan kamu masih bergembira saat itu...

Ohhh alangkah ruginya kamu kerna tidak berada disamping dia..
Terfikirkah kamu akan kemaafan dari ibu mu...?
sudahkah ibu mu memaafkan kamu...?
adakah ibu mu dapat memaafkan kamu...?
tiada siapa yg mampu memberi jawapan itu...

KAMU...
kamu yg tahu kerna kamu tahu apa yg berlaku...
berdoalah moga ibu mu memaafkan kamu
dan berdoalah moga ibu mu tenang di sana...

Ya ALLAH,
ampunkan dosa² ku
ampunkan dosa² kedua ibu bapa ku
gembirakanlah mereka seperti mana mereka
telah gembirakan aku,
sayangi mereka seperti mana mereka
telah menyayangi aku...
Ya ALLAH
hanya pada-MU aku memohon keampunan
dan hanya pada-MU aku berserah segalanya...
Amin...

Monday, April 30, 2012

☯.Hati.☯

Kalau hati serapuh kaca,
kuatkan hati dengan iman,
kalau hati selembut sutera,
hiasai hati dengan senyuman..

Kalau hati di tusuk sembilu,
ubati hati dengan Al-Quran,
Kalau hati tidak seperti duri semalu,
kuatkan hati dengan amalan..
Jangan malu jangan segan,
tambahkan ilmu dan amalan,
supaya hati tenang dan aman,
buat bekalan di masa hadapan..
❀•*¨*•.¸¸ ¸¸.•*¨*•❤‿❤• *¨*•.¸¸ ¸¸.•*¨*•❀



☯.Jarak Jauh.☯

Cinta beratus ela,
sungguh sakit menahan rindu,
tapi tetap ku kan setia,
biar pun jauh beribu batu..

Puas mencari dimana cinta,
rupanya ada didepan mata,
jangan memilih paras rupa,
asalkan hati ikhlas menerima..

Setia itu tandanya cinta,
hanya dia tiada dua,
harap bersatu suatu masa,
supaya menjadi halal semuanya..
.   BERSATU SELAMANYA   .

❀•*¨*•.¸¸ ¸¸.•*¨*•❤‿❤• *¨*•.¸¸ ¸¸.•*¨*•❀

Sunday, April 22, 2012

☯.Salah Siapa?.☯

Tak perlu salahkan orang lain,
sedangkan diri sendiri selalu berbuat salah..

Tak perlu betulkan orang lain,
sedangkan diri sendiri orang lain yg betulkan..

Tak perlu nasihatkan orang lain,
sedangkan diri sendiri masih tonggang terbalik..

Tak perlu berbangga diri
sedangkan diri hanya insan yg kerdil..

Tak perlu bermegah diri,
sedangkan diri hanyalah manusia biasa..

Salah siapa tak perlu ambil tahu
tetapi cubalah betulkan diri sendiri
agar diri sentiasa tahu
Allah adalah yg tertinggi dan pencipta bumi...

الله اکبر

Sunday, April 8, 2012

☯.Jangan Dan Jangan.☯

Jangan bercinta kalau tak setia
kelak ada hati kan merana
jiwa sakit bisa terasa..
oh sakitnya..

Jangan berkawan kalau hanya berpura²
kelak ada hati kan terasa
oh sengsara..



Jangan bercinta kalau tak bersedia
kelak ada hati kan terluka
sungguh buat jiwa merana..

Jangan berkawan kalau hati terpaksa
kelak ada hati kan terasa
akhirnya membawa luka..

Jangan bercinta kalau tak sudi
kelak marana diri
akhirnya membawa mati..

Jangan Dan Jangan Sakiti Hati Mereka Yg Kita Sayang...

Monday, April 2, 2012

☯.Kalau.☯

Kalau berkawan tapi ikhlas tiada
lebih baik berkawan dengan unta
banyak gunanya...

Kalau bercinta tapi tidak setia
lebih baik hidup seorang diri saja
tidak menyusahkan sesiapa...

Kalau bercinta tapi memilih paras rupa
lebih baik cari patung cendana
tidak berkedut tidak dimamah usia...

Kalau berkawan kerana harta
lebih baik berkawan dengan orang gila
apa dia kata semua benar belaka...

Kalau hidup suka memilih saja
lebih baik tak payah bercinta
berkawan berkasih tiada berdua
biar sendiri dalam dunia rekaan semata-mata...

☯.Aku Ingin Menangis.☯

Aku ingin menangis,
melepaskan sesak di dada
meringankan beban di kepala...

Aku ingin menangis,
menghilangkan lelah yg aku rasa
membuang seluruh cerita duka...

Aku ingin menangis,
membiarkan sedih hilang dari jiwa
mencari damai agar hati tidak hiba...

Aku ingin menangis,
bukan kerna diri lemah
tapi cuma menghilangkan resah...

Saturday, March 31, 2012

◕.Letak Salji Dalam Blog.◕

Terdapat 2 jenis warna salji iaitu Putih dan Hitam.
Hakhak ade gak salji kaler itam ek... Tak kesah la asalkan blog nmpak cun n mybe sejuk skit kot...

Cara meletakkan salji berguguran dalam blog adalah seperti berikut..

1. Dari dashboard > add a gadger > html/javascript

2. Copy salah 1 kod berikut kemudian paste dlm ruang html/javascript

Kod untuk salji warna putih (sesuai untuk background hitam)

<script type="text/javascript" src="http://www.yourjavascript.com/14104214083/snow-white.js"></script>

Kod untuk salji warna hitam (sesuai untuk background putih)

<script type="text/javascript" src="http://www.yourjavascript.com/03441140321/snow-black.js"></script>

4. Save


3. Lihatlah hasilnya... Tadaaaaa...

Kalau korang nak tutorial yg lain bagitau sy ok...


Tuesday, March 27, 2012

◕.Ayatul Kursi.◕

Assalamualaikum...

Syukur sy atas Kasih Sayang dari Allah
sy masih hidup hingga kini. Alhamdulillah Ya Allah...

Kali ini sy nak kongsikan pd semua kisah sy. Kisah yg mungkin pd sesetengah org nampak remeh
tp percayalah ada hikmah disebalik kisah ini...

Seperti biasa bila tiba malam hari semua orang akan mengalami benda yang wajib iaitu tidur.
Tidak terkecuali sy jugalah. Jadi seperti biasa sebelum tidur sy akan membaca Ayatul Kursi.
Entah macam mana pd 1 malam sy terlupa untuk membaca Ayat tersebut berikutan mengantok yg teramat
sangat. Maka dgn itu terjadilah mimpi yg agak kurang menyenangkan. Kalau nak di ceritakan
sepenuhnya mungkin akan menyebabkan anda semua tidak lena tidur.

Mimpi itu membuatkan sy terjaga dan terus bangun mendapatkan ibu sy. Subhanallah, mimpi itu seakan realiti.
Sy di gangu hingga menyebabkan sy tidak mampu berkata2. Hendak menjerit jauh sekali. Ketika sedar baru sy teringat yg sebelum tidur sy tidak membaca Ayatul Kursi. Ketakutan menguasai diri tp sy kuatkan diri utk bangun dan mendapatkan ibu.

Dari kejadian malam itu, sedarlah sy betapa pentingnya membaca Ayatul Kursi. Kerna disebalik Ayat itu terkandung banyak manfaat serta khasiat yg berguna. Kita sebagai Islam seharusnya menjadikan Ayat itu sebagai amalan harian.
Hafal dan fahami maksud Ayat itu kerna Ayat itu sebenarnya adalah pelindung yg Allah kurniakan pd kita.


1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3)  Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4)  Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
5)  Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
6)  Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
7)  Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
8)  Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
9)  Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.
12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.
13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.
16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Next Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...