السلام عليكم

Monday, February 21, 2011

.::.Bonda.::.


B o n d a
   Anakanda masih memerlukan petunjuk ke jalan kebahagiaan dunia dan akhirat serta erti kehidupan. Juga anakanda mohon moga bonda berikan anakanda kekuatan dan restu tuk anakanda menempuh hidup ini. Doa dari bonda sungguh berharga buat anakanda.
   Terima kasih bonda kerana melahirkan anakanda, membesarkan anakanda tanpa rasa lelah tanpa rasa penyesalan. Maafkan anakanda kerana sering menyusahkan bonda, tapi ketahuilah bahawa anakanda amat menyayangi bonda. Bonda, anakanda mohon halalkn tiap susu yg telah bonda berikan serta kasih sayang yang tak pernah berbelah bagi. Jasa bonda akan anakanda kenang hingga nyawa anakanda terpisah dari jasad kerana bonda adalah Ibuku selamanya.

Ku mencintai mu lebih dari apa pun
Meskipun tiada satu orang pun yg tahu
Ku mencintai mu sedalam-dalam hati ku
Meskipun suatu saat aku pergi tinggalkan mu

Saya sayang mak saya..mak saya adalah segalanya buat saya..

No comments:

Post a Comment

Next Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...