السلام عليكم

Tuesday, May 7, 2013

Cinta Dalam RedhaMu●●

Apabila kesusahan dan kesedihan mengetuk pintu,
cinta keluar melalui tingkap.

Duhai hati,
Aku disakiti lagi. Kali ini lebih dalam dan lebih menyakitkan. Entah dimana silap ku hingga aku diperlakukan begini. Cinta ku di duakan, cinta ku di khianati hingga aku rebah tak mampu bangun kembali. Kerna cinta dia aku jadi begini. Begitu kuat kuasa cinta ini hingga aku tak mampu kehilangannya.

Ya Allah,
Bantulah hambaMu ini tuk terus bangkit. Tiupkan semangat buat diriku agar aku tidak lemah dengan cinta yg aku tidak pasti adakah ia dalam redhaMu. HambaMu ini kerdil, hambaMu ini jahil, hanya padaMu sahaja yg maha mengetahui apa yg tersembunyi dan apa yg tersirat. Jika benar cinta yg aku miliki sekarang adalah dalam radhaMu maka satukan kami.

Ya Allah,
 Aku mohon berikanlah petunjuk memilih yg baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yg baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yg besar. Engkau maha kuasa dan aku adalah hambaMu yg dhaif. Engkau maha tahu dan aku adalah hambaMu yg jahil. Engkau maha mengetahui semua yg ghaib dan yg tersembunyi.

Ya Allah,
Bantulah HambaMu ini dengan memberi petunjuk haruskah aku teruskan cinta ini kerna aku tak mahu disakiti lagi dan aku tak mahu menyakiti hati ibuku lagi.

Ya Allah,
Jika dia bukan cinta yg Kau redhakn buatku maka aku mohon moga Kau jauhkan lah dia dari aku dan jauhkanlah aku dari dia. Sesungguhnya aku tidak mahu menjadi manusia yg lalai mengejar cinta manusia sedangkan dahulunya aku tidak mengejar cinta dari Mu Tuhan yg satu, Allah. Aku mahu menjadi seorang hambaMu yg selalu mengingatiMu dikala aku senang mahupun susah kerna tiada yg dapat membantu aku melainkanMu Tuhan ku. Ampunkan aku bila selama ini aku sering melupakanMu. Ku mohon janganlah Kau melupakan aku kerna aku tidak mampu hidup tanpa cinta dan kasihMu Ya Allah.







No comments:

Post a Comment

Next Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...