السلام عليكم

Saturday, December 31, 2011

★.Alhamdulillah.★

Assalamualaikum teman²...
Syukur Alhamdulillah kerna besar kasih ALLAH aku masih hidup hingga dapat melalui tahun 2011 ini sepenuhnya.
Walau banyak rintangan, kenangan manis dan pahit tetap aku lalui dengan penuh sabar.
Terlalu banyak kenangan yg aku lalui...

~ Hampir setahun aku tak bekerja tapi Alhamdulillah berkat doa insan² yg aku sayang akhirnya aku dapat
kerja. Terima kasih semua jasa kalian hanya Allah dapat membalas. SAYANGGGGG KORANG..

~ Kakak aku pun dah kawen syukur Alhamdulillah...

~ Tapi....pada 21 December 2011 adalah tarikh yg aku tak akan lupa sampai bila². Tarikh tu adalah tarikh keramat selepas tarikh 9 Mac 1999. Tarikh 9 Mac adalah tarikh hilangnya insan yg penting dalam hidup aku,
Abah tersayang JAMALLODIN B.YANG ABD RANI. 21 December adalah tarikh hilangnya adik
kesayangan aku MOHD IKHWAN. Walaupun kami hanya saudara angkat tapi bg aku dah lama aku kenal
dia. Dia insan yg amat istimewa dalam hidup aku walau hanya sebagai adik angkat.

Perginya dia kerna kemalangan jalan raya. Memang tak ku sangka pemergiannya terlalu cepat hingga aku
tak dapat terima semua ini. Tapi ku tahu takdir Tuhan tiada siapa yg mampu persoalkan dan aku mulai terima semua ini. Aku redha.... Al-Fatihah buat mereka yg telah pergi....

Terima kasih ALLAH kerna temukan aku dengan adik ku walau hanya sebentar tapi ingatan terhadap dia
tak akan aku lupakan. Begitu juga dengan kenangan bersama arwah abah walau aku tak puas merasa kasih sayangnya tapi aku tahu abah pasti akan tunggu aku di Sana...

Alhamdulillah sebab aku masih lagi ada orang² yg sayang aku. Aku harap ALLAH tak ambil mereka
sebelum aku puas merasa kasih sayang mereka. Ya ALLAH beri aku kesempatan tuk menyanyangi mereka.....Amin....

Adik, tunggu akak kat Sana taw akak nak jumpa adik..

No comments:

Post a Comment

Next Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...