السلام عليكم

Saturday, January 29, 2011

.::.Berlari.::.

❤‿❤
Walau sejauh mana kau berlari
dan sejauh mana kau berjalan
kau pasti akan kembali kepada ku
kerana terlalu banyak kenangan antara kau dan aku
seperti laut walau sejauh mana ia pergi
pasti kembali tuk bertemu pantai
atau seperti camar walau jauh dia terbang
dia pasti akan kembali ke sarangnya.

Begitu juga kau yang pasti akan kembali mencari ku
kerana cerita kita tak pernah berakhir
ia pasti akan bermula semula
kita yang menjadi pelakonnya
pengarahnya pula adalah hati
skripnya adalah akal dan fikiran
penontonnya adalah alam
kita sendiri tak pasti bila akhirnya cerita ini
mungkin akan ada jawapan itu
biarkan masa yang menentukan
aku berserah dan aku pasrah...

No comments:

Post a Comment

Next Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...