السلام عليكم

Friday, July 29, 2011

●●..Puasa Datang Lagi..●●

Puasa datang lagi,
mengharap lebih baik
perbaiki diri sendiri
agak terampun dosa kemarin...

Moga tiada penghalang
yg jahat akan pulang
agar tiada nasib malang
pahala lebih dosa kurang...

sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)



Puasa datang lagi,
bulan menambah amalan rohani dan jasmani
mengharap keampunan Ilahi
biar hanya 30 hari
tapi terlalu berharga tuk di baziri...

Indah kurniaan Tuhan
walau singkat tetap di tunggu
kerna ia pengikat kasih
antara manusia dan Tuhan الله

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)



Puasa datang lagi,
menjauh diri dari tergoda
menahan dari lapar dahaga
mengharap terhindar penyakit berbahaya
moga lebih sihat sejahtera...

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."





Lafaz niat
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.



Sumber dari : Ibadat Puasa - Wikipedia Bahasa Melayu by Google.
                     : Fadhilat Puasa Wajib dan Sunnat Sepanjang Tahun.

No comments:

Post a Comment

Next Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...