السلام عليكم

Wednesday, August 10, 2011

❤..Jangan..❤

Jangan cinta kerana dia lelaki
kelak kita akan membenci
jika dia bukan lelaki yang dicari
hanya pandai menabur janji..

Jangan dirindu pada paras rupa
kelak kita akan terseksa
jika dia tidak sebaik rupanya
senyumnya manis tipu belaka..

Jangan disayang kerana berharta
kelak kita hidup menderita
jika hartanya habis dibelanja
sukarnya hidup miskin dan papa..

Jangan dikasih kerana dipuji
kelak kita menagih janji
jika rupa berkedut dimamah hari
hilang sudah puji memuji
lebih baik memuji ALLAH...


Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta
Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit,
kita juga tidak mahu menjadi hamba kpd cinta.
Kuasai cinta, jadilah tuan kpd cinta.
Jangan biarkan cinta yg menguasai kita.

1 comment:

  1. Kalau nk mencari teman hidup tp memilih paras rupa memang sukarla hidup nanti...pilihlah hati yg baik bukan rupa semata2...

    ReplyDelete

Next Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...